
Feb 12/2/2020 - Muhammad Nur
Sembang Hero Malaysia - Ramai yang menganggap peperiksaan merupakan sesuatu bebanan. Kita hanya menjadi ujikaji kepada sistem pendidikan . Tetapi peperiksaan merupakan ujian yang diadakan untuk menguji tahap kefahaman seseorang sepanjang tempoh pembelajaran.
Ketika anda mengulang kaji pelajaran, agak-agak berapa yang anda dapat sepanjang anda di meja belajar? Adakah apa yang anda baca masuk ke dalam otak dengan baik ataupun hanya sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri? Mesti stress belajar kan, apa yang kita baca susah nak masuk.
Sekiranya anda mengalami kesukaran dalam mengulang kaji atau mengingati fakta-fakta, ianya mungkin anda mengamalkan cara pembelajaran yang salah.
Tahukah anda?
Rahsia pelajar cemerlang adalah mereka mengamalkan kaedah pembelajaran dengan betul dan efektif agar lebih mudah mencapai kejayaan. Berikut merupakan tips belajar dengan berkesan untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
1. Buat nota ringkas
Pelajar cemerlang sentiasa akan membuat nota ringkas selepas mereka belajar dan memahami sesuatu bab. Nota ini sebenarnya adalah untuk memudahkan kita merujuk kembali apa yang sudah kita baca. Tidak semua orang yang suka baca buku teks yang tebal tu kan? Dengan adanya nota ringkas dan padat ini, kita boleh baca pada bila-bila masa dan bawa nota ini ke mana-mana saja.
2. Ulangkaji di awal pagi
Rahsia pelajar cemerlang adalah gemar bangun awal mengulang kaji pelajaran. Rupa-rupanya banyak manfaat belajar di waktu pagi antaranya dapat meningkatkan daya ingatan, pelajaran akan lebih mudah difahami dan diingat. Jadi gunalah waktu pagi untuk mengulang kaji mata pelajaran yang anda lemah. Walaupun tidak terasa nak membaca, tetapi dapat memupuk semangat belajar di awal pagi.
3. Jangan sia-siakan masa walaupun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang akan menggunakan masa yang terluang dengan mengulang kaji pelajaran. Mereka banyak habiskan masa mereka dengan menjawab beberapa soalan sebagai latihan untuk menguji tahap kefahaman mereka.
4. Menjawab soalan past year
Tips belajar dengan cemerlang adalah rajinkan diri menjawab soalan past year. Perasan tak, guru-guru pernah menyuruh kita dapatkan soalan-soalan past year dan menjawab dalam buku latihan. Itu bukan saja-saja, tetapi nak biasakan diri kita dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Kebanyakan soalan-soalan yang keluar berulang-ulang. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk menjawab soalan-soalan past year.
5. Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca hendaklah diulang sebanyak kali yang boleh. Sesuatu yang kita baca berulang-ulang kali ianya akan terus tersemat dalam ingatan. Selagi ada masa, teruskan untuk mengulangi apa yang telah dibaca walaupun anda faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda baca, semakin banyak ilmu yang anda dapat.
6. Persiapkan minda sebelum ulangkaji
Tips menjadi pelajar cemerlang adalah kita perlu kuasai minda. Sebab bila kita nak berjaya, kita kena percaya yang kita boleh berjaya. Percaya yang kita boleh capai apa yang kita impikan. Jadi persiapkan minda sebelum ulangkaji kerana minda sangat penting kalau anda nak berjaya.
7. Berikan tumpuan kepada subjek yang lemah
Jika anda lemah dalam matematik atau bahasa inggeris, berikan masa yang lebih untuk anda mengulang kaji subjek yang anda lemah. Elakkan dari memilih subjek yang anda suka dan mengabaikan subjek yang anda kurang suka. Sebaik-baiknya, buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu tumpuan lebih bagi memudahkan anda mengulang kaji.
Jadi inilah 7 tips belajar dengan betul dan efektif agar kita lebih fokus ketika belajar. Semoga bermanfaat.
Kongsikan tips anda di heroshi4u@gmail.com.