icon-search
icon-search

Cara mengelakkan diri dari buang masa

Cara mengelakkan diri dari buang masa

Januari 18/1/2020 - muhammad nur


Pada era globalisasi ini, masalah suka membuang masa ini merupakan masalah yang sangat berat bagi anak-anak muda sekarang ini.

Wasting-Time.jpg


Masalah ini akan menjadi lebih serius jika tiada sesiapa yang peduli mengenai hal ini. Masalah ini perlu diatasi secepat yang mungkin supaya tidak terikut-ikut dengan generasi yang akan datang.


Sebenarnya apabila kita buang masa, kita akan terlepas banyak benda. Cuba bayangkan, orang lain yang berusaha melakukan sesuatu kerja sudah maju kehadapan. Orang tidak berusaha tetap berada di tempat yang sama tidak akan bergerak walaupun selangkah kehadapan.


Nampak tak disitu kita sudah rugi sebab kita buang masa. Masa ini sangat penting. Ada pepatah mengatakan "Time Is Gold" masa itu emas.


Sehari kita ada 24 jam. Macam-macam benda yang kita boleh buat dalam masa 24 jam itu. Kalau sebulan sudah berapa? Setahun? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.


Takkan nak buang masa macam tu saja. Buatlah satu benda yang boleh beri manfaat kepada kita. Kita perlu cepat untuk bertindak dalam melakukan sesuatu yang boleh mengubah kehidupan anda.


Tips mudah atasi masalah suka buang masa : 


1. Sebelum tidur setiap malam rangka aktiviti untuk hari esok.


Kalau tak biasa merangka, cuba tuliskan diatas kertas dalam bentuk susunan mengikut seperti dibawah. B5_P57a.jpg

latih untuk buat sehari dahulu, dan buat 3 PERKARA SAHAJA. Diulangi 3 PERKARA SAHAJA!. bakinya adalah biarkan diri kira berehat dengan aktiviti yang lain. Kemudian BUAT sampai jadi!. Saya ulangi BUAT SAMPAI JADI! Sekiranya JADI cuba pelan untuk 2 hari pulak. dan seterusnya. Kita namakan jadual yang kita buat sebagai TANGGUNGJAWAB.

2. Beri Komitmen

Jgn culas  dari melaksanakan TANGGUNGJAWAB. Buat sampai jadi. Adakala kita akan hilang fokus. Cuba alihkan fokus kita kepada TANGGUNGJAWAB dengan berbisik dalam hati : " aku kene habiskan", "bestla benda ni", "fokus2" dan sebaginya.

3. Ulangi langkah 1 & 2

Konsisten ulangi langkah 1 dan 2 sehingga ia menjadi tabiat. Jangan GIVE UP!.


Ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 sehingga 11 tahun boleh tolong untuk buatkan "TANGGUNGJAWAB " serta langkah 1 hingga 3 kepada anak anda.


Senangkan?. ;) Yang susah adalah buat. Sekarang ambil Pen dan kertas kosong dan terus buat!
Wasting-Time.jpg

 



Seterusnya Sebelumnya

Bakul anda masih kosong.
Terus membeli-belah