
APRIL 10/4/2020 - Muhammad Nur
Sudah masuk minggu ke-4 perintah kawalan pergerakan dijalankan, hari-hari kita dihujani dengan berita-berita tentang COVID.
Menghabiskan terlalu banyak masa di dalam rumah sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan badan dan kewarasan anda. Susah untuk percaya? Berikut adalah 15 sebab mengapa tinggal di sepanjang musim sejuk sebenarnya boleh membuat anda sakit.
15 reasons why staying inside all winter can actually make you sick
Tapi jangan buat kesimpulan awal!. BUKAN SEMUA yang akan alami gangguan kesihatan seperti disebutkan. Ia kebiasaanya terjadi kepada mereka yang sememangnya jarang - jarang duduk lama dirumah kerana padatnya aktiviti se-harian. Bagi suri rumah pula, mungkin mereka sudah terbiasa dengan "jadual" aktiviti harian dirumah.
Samalah halnya dengan anak - anak. Yang sudah terbiasa penuh jadual diluar rumah mungkin akan sedikit "mati kutu" kerana tak tahu nak buat apa. Jadi berulang - ulang la aktivti makan, tengok tv, main game dan tidur.
Ketika ini pasti ada yang dah mula rasa susah nak tarik nafas panjang, tekak mula kering walaupun tak sakit, dada sesekali terasa sempit.
Ditambah pula dengan kekeringan idea untuk melakukan aktiviti apa lagi apabila berada di rumah.
Berikut adalah 5 Aktiviti yang boleh dilakukakan supaya kebosanan yang melampau tidak akan membawa kepada gangguan kesihatan:
1- BUAT JADUL HARIAN SECARA BERSAMA
Tujuan jadual harian aktiviti bersama ini sebenanrnya adalah untuk membentuk Karektor dan Attitude anak.
Antara aktivitinya adalah aktivti yang kita sama - sama gemari. Contohnya adalah aktiviti yang bersifat belajar luar bilik darjah dan ada unsur bermain dalam belajar seperti aktiviti "eksperimen sains". Kalau nak idea bukak je youtube banyak je contoh kat sana. ni salah satu contoh nya : 10 Easy Science Experiments - That Will Amaze Kids
Selain itu susun juga aktiviti untuk mengemas rumah, masak, cuci kereta dan sebagainya. Sering kali kita akan dengar perkara begini:
Maaf, ibu takkan selamanya basuh baju kamu, gosok baju kamu, dan sediakan semua makanan kamu – tak kiralah kamu anak perempuan atau lelaki. Mungkin ramai tak tahu sebenarnya, seawal 2 tahun anak dah boleh mula diajarkan kerja yang senang seperti meletak baju kotor dalam bakul, mengelap air yang tumpah, dan mengambil lampin dari tempatnya. Awalnya memang sukar, ada saja yang tak kena.
Tapi kita ajar mereka buat kerja rumah bukan sebab kita tak dapat buat semuanya sendiri, apa yang lebih penting adalah peluang untuk mereka belajar berdikari. Jangan ingat cukuplah sekadar anak jadi orang yang cemerlang dalam pelajaran. Jangan ingat mereka akan ‘pandai sendiri’ bila dah besar nanti.
Banyak lagi aktiviti bersama yang boleh dipratikkan. Ketika beraktiviti ibu bapa juga kenalah menunjukkan attitude yang baik seperti memberi arahan yang jelas, sabar dengan tentrum anak, gunakan bahasa yang baik dan sebagainya. waktu nilah kita sebagai ibu bapa nak latih segala "jurus" attitude baik yang kita tahu. Ingat tips untuk anak - anak berjaya adalah adanya attitude yang baik. Kalau attitude mereka baik secara automatik mereka akan ada kematangan membuat keputusan, bertanggungjwab, responsive, cergas dan sebagainya. Tak perlu sebenarnya belajar sampai "25jam" sehari untuk cemerlang.
2- DEEP BREATHING EXERCISE:
Cari posisi paling selesa, baring atau duduk.
Letakkan satu tangan di atas perut.
Tarik nafas menggunakan hidung.
Anda akan rasa perut anda naik semasa menarik nafas.
Hembus nafas menggunakan hidung.
Dan perut anda akan turun semasa hembus nafas.
Lakukan selama 10 minit dua kali sehari.
2- CARI TEMAN BERBUAL:
Meskipun tidak dapat 'megopi' 'mengeteh' atau 'hangout' seperti dahulu, kita masih boleh call atau video call dengan kawan2 untuk berkongsi perasaan, perbincangan apa sahaja topik. Anda boleh ber'FB live', facetime, giigle hangout, zoom dan macam2 lagi
3- EXERCISE REGULARLY:
Isikan masa lapang anda dengan melakukan senaman seperti aerobik, tabata, yoga supaya otot-otot dapat digerakkan. Anda juga akan merasa perubahan yang baik jika melakukannnya dengan rutin! Tetapkan 30minit sehari dan lebih bagus jika buat reminder
4- SUSUN AKTIVITI IBADAH BERSAMA :
Kita boleh mula dengan ambil satu waktu iaitu waktu maghrib. Mengaji bersama dan sambung dengan aktiviti lain yang telah disusun.
5- PEMAKANAN SIHAT
Suku suku separuh! Saya tahu masa PKP anda ingin menjadi surirumah berjaya dengan menyediakan makanan yang terbaik untuk seisi keluarga tetapi anda lebih BERJAYA sekiranya anda mampu menyediakan Menu SIHAT untuk mereka
Yang penting adalah konsisten. Insyallah dengan aktiviti yang ada kita mampu menghindarkan gangguan penyakit kewarasan mahupun badan. Lagi best PKP menjadi tempat pendidikan baru untuk anak - anak yang kita terlepas pandang untuk laksanakan sebelum PKP.